Friday 26 April 2013

PECAH BERITA! Gambar Pertemuan Mesra Calon PAS Masjid Tanah bersama TYT Melaka Tersebar

Assalammualaikum wbt..

Siapa sangka selama ini orang UMNO khusunya dan rakyat Melaka amnya telah lama menerima orang luar Melaka menjadi Tuan Yang Terutama Negeri?

Apa masalahnya yang dia adalah orang luar yang berasal dari negeri Tok Gajah iaitu Pahang Darul Makmur. Sesungguhnya tiada sebarang masalah kan...

Perlantikan beliau tidak melibatkan politik? Agak-agaklah jika menjawab persoalan ini khusus kepada macai UMNO, takkan AJK masjid Al-Azhim pula yang lantik atau pun takkanlah persatuan rukun tetangga Kg. Morten pula yang lantik. Sudah tentulah yang melantik adalah kerajaan yang memiliki kuasa politik Melaka. betul tak?


Oleh yang demikian, tiadalah isunya calon luar yang berasal dari Pahang menjadi calon untuk Parlimen Masjid Tanah. Isu calon luar adalah isu era 70an. Jika TYT orang Melaka boleh terima, takkanlah calon Masjid Tanah yang berasal dari negeri yang sama dengan TYT ini ditolak. Ini kali lah...UBAH!!!

Undilah Saudara Nasaie bin Ismail untuk parlimen P134 Masjid Tanah.





1 comment: