Tuesday 30 April 2013

Klimaks:BN Masjid Tanah kata DEBAT BUKAN BUDAYA ISLAM (PART II)

Selamat pagi semua....part I aku hanya bagi introduction je. Part II ni aku nak upkan lagi isu debat ni setelah admin facebook BN Masjid Tanah telah kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Ye la, puas bermuzakarah mendatangkan hukum debat ni walaupun debat ni telah popular sejak zaman tabi' tabi'in dan salafi lagi (aku harap dia tahu).

Aku tak berniat nak cakap banyak tapi korang tengok dan nilaikan. Jika debat bukan budaya Islam, adakah ini budaya Islam?
Anjuran Pemuda dan Puteri MASTANA
Berduet antara lelaki perempuan bukan maharam di tempat terbuka budaya Islamkah ini?
Inilah ajaran yang hendak dibawa oleh UMNO/BN yang menjadi junjungan oleh macai-macai UMNO BN Masjid Tanah.

Setahu aku, semalam adalah hari di mana admin BN Masjid Tanah membuat posting yang paling berilmiah sejak dia hidup di alam FB. Kebanyakkan posting BN Masjid Tanah dengan di support oleh blogger dua alam iaitu budak jamban dan alang zack berbentuk sampah dan bernilai najis dan ditambah perisanya oleh facebooker bangsa bengkok.
Ini juga salah satu contoh posting di wall BN Masjid Tanah yang mana di mata dan otak mereka mungkin budaya Islam jika debat bukan budayanya.
Jadi, korang nilaikanlah di mana agama Islam yang menjadi teras hidup kita ni di mata mereka. Bagaimana pula Islam ini dianuti oleh puak-puak penggadai maruah bangsa Melayu khususnya admin BN Masjid Tanah dan sekalian balacinya. Bila terdesak dan tersepit, baru nak kaitkan dengan Islam, seolah-olah merekalah pejuang Islam tulen. Selama ini tindakan, percakapan dan tulisan mereka adakah ke arah itu? Sesungguhnya mereka ini hanyalah budak-budak suruhan UMNO sahaja, diberi upah bekerjalah mereka. Bagaimana tindakan mereka, itulah terjemahan sikap dan sifat pemimpin mereka. 
Semoga Malaysia dan Melaka akan bertambah aman dan makmur tanpa UMNO /BN.

INI KALI LAH......UBAH!
Undilah PAS untuk SEMUA

2 comments:

  1. Melalut nyer posting.Apa kene mengene debat dengan duet lak nih?kiki...

    ReplyDelete
  2. Baerapa kerusi PAS dapat dalam Parlimen semalam ekk??

    ReplyDelete