Sunday 21 April 2013

Part II: Kemarahan Team Datuk Karim Sulaiman (DKS)

Alhamdulilah dpt juga aku mengupdatekan blog ni.

Okla..ade orang kata DKS bukan dicantas. Cantas maksudnya potong atau tebang. Dalam istilah politik ia membawa maksud sesuatu yang dikhianati atau kedudukan kita diambil oleh orang tanpa kebenaran atau tanpa restu empunya badan. DKS memang ada masalah kesihatan dan setelah menerima watikah, panjang difikirnya bagi melepas kerusi N02 Tanjung Bidara setelah dua penggal. Sebagai orang yag arif politik Tanjung Bidara dan Masjid tanah khsusunya. beliau mahu juga penggantinya mesti orang yg dekat dengan pengundi dan arif seperti arifnya menjaga 12 JKKK dalam dun ini.Beliau telah menamakan Jamaludin Jonit (JJ) selaku setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah.
 ..."KAMI MAHU CALON ANAK JATI DUN TG. 
BIDARA BUKAN CALON LUAR???
PILIHAN KAMI: EN. JAMILLUDIN JONIT"....


Malangnya, disebabkan campur tangan pusat melalui SU Kerja Najib yang duduk bersebelahan rumah DKS, pilihan DKS telah dicantas dan digantikan dengan seorang calon yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan tetapi telah bermustautin di Lubok Redan. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Md Rawi Mahmud seorang pesara guru dan merupakan seorang yang dikenali dalam dunia bola sepak Masjid Tanah dan terkenal di restoren sekitar pantai perkelahan Padang Kemunting sebagai seorang yang amat gemar berkaraoke.
.
(nanti aku bongkarkan lagi siapa cikgu sorang ni)..

UMNO Tanjung Bidara mengadakan mesyuarat dengan memanggil 12 ketua cawangan UMNO mengenai pencalonan cikgu Rawi. Hasilnya, daripada 12 cawangan yang bermesyuarat, 4 cawangan sahaja yang bersetuju pencalonan cikgu Rawi. Berlakulah pergolakan yang bukan sedikit tetapi ibarat angin barat telah datang melanda Tanjung Bidara. Ujian pertama untuk calon N02 ini ialah tiada sokongan diperingkat akar umbi. Ibarat sebatang pokok yang tegap tetapi akarnya sedang dimamah anai-anai.. Dikhabarkan, selepas mensyuarat tersebut, UMNO kampung Pulau menurunkan bendera BN/UMNO sebagai tanda protes dan bilik gerakan pemuda di kg Pasir Gembur juga telah ditutup.

Sekarang ialah usaha untuk memujuk ahli2 UMNO Tanjung Bdiara dan didatangkan ketua PU3 iaiatu calon Parlimen Masjid Tanah mengusahakan misi tersebut. Akhirnya, selepas penamaan calon semalan, bilik gerakan ini telah dibuka dan aku percaya bukan sedikit modal ketua PU3 ni taburkan untuk memujuk. Dan, pada sebelah malamnya pula, ada sebuah bas menjemput petugas2 bilik gerakan ini (pemuda) tidak diketahui ke mana dibawa mereka untuk gula-gula pilihanraya....nantikan cerita selanjutnya

No comments:

Post a Comment