Tuesday, 30 April 2013

BN Masjid Tanah kata DEBAT BUKAN BUDAYA ISLAM (part I)

Iklim politik masjid tanah hari bertambah panas selepas calon dari UMNO/BN menolak tawaran debat daripada S/U Akhbar Tuan Guru Haji Hadi Awang iaitu saudara Nasaie Ismail calon PAS P134, Masjid Tanah.

 
Sinar Harian 29 April 2013

Admin BN Masjid Tanah mungkin tidak berasa apa-apa dengan terpampangnya berita ini semalam. Sebab ia bukan isu besar rasanya dan macai-macai BN Masjid Tanah pun bukan suka sangat perkara yang membawa kepada penyuburan sistem demokrasi dalam negara. Mereka lebih gemar cari no. IC orang dan lebih ghairah dengan cerita 18SX yang diterbitkan oleh puak-puak syaitan dikenali ini.
Akan tetapi pada hari ini 30 April, mereka dan macai-macai UMNO/BN MASTANA seperti dilanda tsunami terpaksa mempertahankan tindakan calon kemanjaan mereka iaitu Emy atas penolakan manja debat tersebut selepas Geng Masjid Tanah mengupdatekan statusnya


credit to Geng Masjid Tanah
Selepas tsunami melanda, semua budak upahan UMNO/BN ini terus membuat persidangan ulamak bagi mengeluarkan fatwa di atas tajuk "KONTEKS DEBAT DALAM ISLAM". Maka seluruh ulamak pondok telefon, balairaya, PDM dan bilik gerakan UMNO/BN daripada RTC Kuala Linggi sehinggalah ke penghujung sempadan Parlimen Masjid Tanah iaitu persimpangan tiga ke penjara Sg. Udang mengadakan muzakarah.
Setelah bermuzakarah lebih kurang 2 jam bersamaan 120 minit, majlis muzakarah mereka menetapkan bahawa ajakan debat oleh saudara Nasaie tidak boleh diterima dan diguna pakai. Maka hukum debat dikeluarkan "DEBAT BUKAN BUDAYA ISLAM"...

Maka hampalah harapan para belia dan beliawanis MASTANA kerana program debat yang dirancang tidak kesampaian bagi melihat pemimpin mana yang benar-benar membawa suara mereka dari sudut rohani dan fizikal. Apakan daya, sesuatau yang bertentangan dengan budaya Islam disebut bid'ah (sesuatu yang diada-adakan). Apabila sesuatu yang diada-adakan dalam agama, maka ia adalah sesat dan ditolak.
Akan tetapi, admin berasa amat pelik dan hairan. Admin ingin bertanya kepada macai-macai UMNO/BN MASTANA khususnya BN Masjid Tanah apakah gerangan budaya yang ingin dibawa RTC (TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK)....berdasarkan printscreen yang diuploadkan oleh macai-macai BN Masjid Tanah (dengan bangga) ini untuk menunjukkan RTC masih berbisa sehingga mencabar DSAI untuk berdebat atas tiket UMNO. RTC ni ada jadi calon di mana-mana parlimen atau dun ke di Melaka? Yang menghairankan admin, macai-macai BN Masjid Tanah ini perlu juga bantuan daripada DTB dan GMT untuk hebahan. 
Kemaruk sangat ke nak naikkan RTC jadi calon parlimen sehingga membelakangkan calon yang telah dinamai oleh pemangku Kementerian Wanita iaitu DS Najib Razak. Tu la, orang suh belajar pandai-pandai tak nak, jika tidak, dah lama calon dari UMNO untuk P134 dipilih dari kalangan adam UMNO. 
Sekian

"hari raya tiba..
langsir tukar baru...
baju tukar baru....
kasut tukarbaru....
cat rumah tukar warna baru.....

PILIHANRAYA TIBA...KITA PAKAT TUKAR KERAJAAN BARU"

"UNDILAH PAS UNTUK SEMUA"

No comments:

Post a Comment