Sunday 21 April 2013

MELAKA: Politik Bola Sepak PRU13

Ini adalah tawaran Pakatan Rakyat Melaka. 

Assalamualaikaum WBT....

Aku hari ini bukan nak mengulas tentang tawaran di atas. korang sendiri boleh tengok, baca dan nilai-nilaikan. Sebelum tu, cuba korang jawab soalan ini;...Pasukan negeri Melaka bermain dalam liga apa sekarang?...pasukan negeri tau, bukan kelab atau daerah atau kampung. Jika kampung aku tabik springgg dengan kelab pasukan dari Bertam Hulu. Serius aku dah tengok latihan dia orang dan komitment jurulatihnya. MEMANG TERBAEK!!
 
Sukan no.1 dalam dunia yang paling diminati dan menjadi ibu sukan dalam setiap kejohanan atau temasya baik peringkat olimpik atau pun sukan SEA bagi kita di Asia Tenggara. Peribadinya aku sendiri fanatik dengan Bundes Liga dan La Liga sebab banyak pemain yang beragama Islam di sana.
 
Oklah, di sini sebenarnya aku nak kongsikan sedikit persepsi aku terhadap cara politik kita yang telah melalui 12 kali PRU dan sedang menempuh ombak badai, onak ranjau dan duri kempen 15 hari bagi PRU 13 ini kali ini.
 
Perasan atau tidak, Melayu sebenarnya telah diprogramkan oleh pemimpin-pemimpin khususnya dari Barisan Nasional menyokong sesebuah parti politik itu seperti menyokong mana-mana pasukan bola sepak!
 
Yang teramai bersorak, yang teramai menampal poster, yang terbanyak bendera dan poster, yang teramai berkonvoi, yang teramai berwarna dan yang paling kuat pekikan....ibarat dialah pemenangnya. 
 sekadar gambar hiasan

Pasukan sedang bertarung di padang, para penyokong terpekik-pekik hinggalah tamat perlawanan tersebut. Pasukan yang menang mendapat piala dan para pemain bakal mendapat ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan. Para penyokong yang terpekik-pekik, yang terkinja-kinja dan terlolong-lolong sampai ada yang hampir begaduh dengan penyokong pasukan lawan DAPAT APA??....cuba jawab.....
 
Melayu ni memang di tangga teratas untuk dikasihan belas berbanding kaum lain. Apa yang korang dapat? Adakah cukup dapat sehelai tshirt, topi, makan free, minyak free sepanjang tempoh kempen ini? Korang tahu yang korang akan lalui lagi 5 tahun untuk mewah seperti ini. Kenapa kita diperbodohkan sedekian rupa? Kepuasan yang hanya berasaskan emosi sebab seronok tengok pasukan yang kalah. Tak lebih dari itu. Aku yakin, para pemimpin dari peringkat nasional, bahagian dan cawangan adalah orang yang paling gembira. Gembira sebab mereka makan lebih, akar umbi hanya cukup dengan upah pilihanraya.
 
Bak kata pepatah, "menang sorak kampung tergadai"..ini lah dia. Tunggulah bahana kenaikan kos sara hidup yang tidak berpenghujung, bil utility yang naik dalam diam, minyak, tol, saman AES, kos persekolahan anak-anak dan berbagai lagi. Cukuplah 55 tahun BN berkuasa. Segala cengkaman sudah kita deritai dan rasai. cara politik kita kena ubah. Politik bukan untuk seketia, tetap iuntuk anak cucu cicit dan masa depan kita. Sampai bila Melayu harus bergini? Pilihlah Pakatan Rakyat. Untuk 5 tahun dan nilaikan. Jika tidak memuaskan, kita ubah pula pada PRU ke 14. Jepun, Amerika, Great Britain dan Korea silih berganti pemimpinnya, tetapi tetap juga menjadi negara maju. Kita???
 
Ini kali lah....Ubah!
ABCD asal bukan cap dacing!
Selamatkan Malaysia, Selamatkan Melaka!

No comments:

Post a Comment