Tuesday 30 April 2013

Klimaks:BN Masjid Tanah kata DEBAT BUKAN BUDAYA ISLAM (PART II)

Selamat pagi semua....part I aku hanya bagi introduction je. Part II ni aku nak upkan lagi isu debat ni setelah admin facebook BN Masjid Tanah telah kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Ye la, puas bermuzakarah mendatangkan hukum debat ni walaupun debat ni telah popular sejak zaman tabi' tabi'in dan salafi lagi (aku harap dia tahu).

Aku tak berniat nak cakap banyak tapi korang tengok dan nilaikan. Jika debat bukan budaya Islam, adakah ini budaya Islam?
Anjuran Pemuda dan Puteri MASTANA
Berduet antara lelaki perempuan bukan maharam di tempat terbuka budaya Islamkah ini?
Inilah ajaran yang hendak dibawa oleh UMNO/BN yang menjadi junjungan oleh macai-macai UMNO BN Masjid Tanah.

Setahu aku, semalam adalah hari di mana admin BN Masjid Tanah membuat posting yang paling berilmiah sejak dia hidup di alam FB. Kebanyakkan posting BN Masjid Tanah dengan di support oleh blogger dua alam iaitu budak jamban dan alang zack berbentuk sampah dan bernilai najis dan ditambah perisanya oleh facebooker bangsa bengkok.
Ini juga salah satu contoh posting di wall BN Masjid Tanah yang mana di mata dan otak mereka mungkin budaya Islam jika debat bukan budayanya.
Jadi, korang nilaikanlah di mana agama Islam yang menjadi teras hidup kita ni di mata mereka. Bagaimana pula Islam ini dianuti oleh puak-puak penggadai maruah bangsa Melayu khususnya admin BN Masjid Tanah dan sekalian balacinya. Bila terdesak dan tersepit, baru nak kaitkan dengan Islam, seolah-olah merekalah pejuang Islam tulen. Selama ini tindakan, percakapan dan tulisan mereka adakah ke arah itu? Sesungguhnya mereka ini hanyalah budak-budak suruhan UMNO sahaja, diberi upah bekerjalah mereka. Bagaimana tindakan mereka, itulah terjemahan sikap dan sifat pemimpin mereka. 
Semoga Malaysia dan Melaka akan bertambah aman dan makmur tanpa UMNO /BN.

INI KALI LAH......UBAH!
Undilah PAS untuk SEMUA

BN Masjid Tanah kata DEBAT BUKAN BUDAYA ISLAM (part I)

Iklim politik masjid tanah hari bertambah panas selepas calon dari UMNO/BN menolak tawaran debat daripada S/U Akhbar Tuan Guru Haji Hadi Awang iaitu saudara Nasaie Ismail calon PAS P134, Masjid Tanah.

 
Sinar Harian 29 April 2013

Admin BN Masjid Tanah mungkin tidak berasa apa-apa dengan terpampangnya berita ini semalam. Sebab ia bukan isu besar rasanya dan macai-macai BN Masjid Tanah pun bukan suka sangat perkara yang membawa kepada penyuburan sistem demokrasi dalam negara. Mereka lebih gemar cari no. IC orang dan lebih ghairah dengan cerita 18SX yang diterbitkan oleh puak-puak syaitan dikenali ini.
Akan tetapi pada hari ini 30 April, mereka dan macai-macai UMNO/BN MASTANA seperti dilanda tsunami terpaksa mempertahankan tindakan calon kemanjaan mereka iaitu Emy atas penolakan manja debat tersebut selepas Geng Masjid Tanah mengupdatekan statusnya


credit to Geng Masjid Tanah
Selepas tsunami melanda, semua budak upahan UMNO/BN ini terus membuat persidangan ulamak bagi mengeluarkan fatwa di atas tajuk "KONTEKS DEBAT DALAM ISLAM". Maka seluruh ulamak pondok telefon, balairaya, PDM dan bilik gerakan UMNO/BN daripada RTC Kuala Linggi sehinggalah ke penghujung sempadan Parlimen Masjid Tanah iaitu persimpangan tiga ke penjara Sg. Udang mengadakan muzakarah.
Setelah bermuzakarah lebih kurang 2 jam bersamaan 120 minit, majlis muzakarah mereka menetapkan bahawa ajakan debat oleh saudara Nasaie tidak boleh diterima dan diguna pakai. Maka hukum debat dikeluarkan "DEBAT BUKAN BUDAYA ISLAM"...

Maka hampalah harapan para belia dan beliawanis MASTANA kerana program debat yang dirancang tidak kesampaian bagi melihat pemimpin mana yang benar-benar membawa suara mereka dari sudut rohani dan fizikal. Apakan daya, sesuatau yang bertentangan dengan budaya Islam disebut bid'ah (sesuatu yang diada-adakan). Apabila sesuatu yang diada-adakan dalam agama, maka ia adalah sesat dan ditolak.
Akan tetapi, admin berasa amat pelik dan hairan. Admin ingin bertanya kepada macai-macai UMNO/BN MASTANA khususnya BN Masjid Tanah apakah gerangan budaya yang ingin dibawa RTC (TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK)....berdasarkan printscreen yang diuploadkan oleh macai-macai BN Masjid Tanah (dengan bangga) ini untuk menunjukkan RTC masih berbisa sehingga mencabar DSAI untuk berdebat atas tiket UMNO. RTC ni ada jadi calon di mana-mana parlimen atau dun ke di Melaka? Yang menghairankan admin, macai-macai BN Masjid Tanah ini perlu juga bantuan daripada DTB dan GMT untuk hebahan. 
Kemaruk sangat ke nak naikkan RTC jadi calon parlimen sehingga membelakangkan calon yang telah dinamai oleh pemangku Kementerian Wanita iaitu DS Najib Razak. Tu la, orang suh belajar pandai-pandai tak nak, jika tidak, dah lama calon dari UMNO untuk P134 dipilih dari kalangan adam UMNO. 
Sekian

"hari raya tiba..
langsir tukar baru...
baju tukar baru....
kasut tukarbaru....
cat rumah tukar warna baru.....

PILIHANRAYA TIBA...KITA PAKAT TUKAR KERAJAAN BARU"

"UNDILAH PAS UNTUK SEMUA"

Sunday 28 April 2013

PECAH BERITA!! Admin Facebook BN Masjid Tanah Hilang Kelelakiannya (jika dia lelaki lah)

Assalamualaikum WBT....

Berita panas lagi sensasi bagi facebooker Masjid Tanah...
Aku ni bukanlah sehebat King Jason, fren list aku pun baru cecah 2K, tapi dari semalam baru ku sedari, aku ni menjadi ancaman kepada BN Masjid Tanah disebabkan posting aku menguploadkan gambar calon P134 Masjid Tanah bersama TYT Melaka (link) ...

Sebelum penamaan calon, mereka telah memainkan isu calon luar, tetapi mudah sahaja dipatahkan sebab kebodohan mereka mengenali TYT negeri Melaka yang berasal dari negeri yang sama dgn calon PAS ini.

Hari ini aku dimaklumkan seorang facebooker di status BN Masjid Tanah kononnya aku telah mem'block' nya dari senarai fren aku....
ini update BN Masjid Tanah hari ini 28/04/2013

Takpelah...admin BN Masjid Tanah memang dah biasa buat benda2 macam ni. Dia post benda najis, lepas tu dia panggil kawan2 dia nyalak ramai2. Ibarat serigala dapat bangkai, makan ramai2 lepas tu menyalak terpekik terlolong....hehehe (agak kasar juga bahasa aku) terima je la ye..

Ini pula cerita sebenar. Aku telah di'block oleh admin pondan ni sejak pukul 1.50 tgh hari semalam.





ini pula yang aku dapat bila aku nak masuk ke wall BN Masjid Tanah

OKLAH, DI SINI KORANG BACA BEBAIK OK. KORANG DAH JADI FACEBOOKER BERTAHUN DAH KAN? OK KORANG JUGA ADA PENGALAMAN MEM'BLOCK' ORANG2 YANG TAK BERKENAN DI MATA DAN HATI.

FACEBOOK NI KAEDAHNYA SEMUA SAMA.
MACAM RUMAH KITA LAH. JIKA KITA TAK IZINKAN ORANG MASUK RUMAH KITA, KITA TETAP BOLEH TENGOK KELIBAT ORANG DI LUAR RUMAH MELALUI CERMIN TINGKAP ATAU APA2 RUANG. TETAPI, ORANG YANG KITA TAK BERI DIA MASUK RUMAH KITA ATAU ISU DI SINI KITA TELAH DIHALANG (BLOCKED) MASUK KE WALL SESIAPA, KITA TETAP TAK BOLEH TENGOK DAN TAK BOLEH TAHU APE YANG BERLAKU DI DALAM, BETUL TAK?...inilah yang aku lalui dari tengah hari semalam. 

Pada hari ini pula, dia telah menupdatekan di wallnya seolah-olah dialah hero atau pun cyberwar terhandal (geli aku nak type) pada fren listnya yang lain. Bagi pandangan ketuanya, dialah telah bermati-matian menjalankan misi upahannya untuk memburuk-burukkan calon PAS...ermm alahaiiii....

So, jika dah dasar PARTI UMNO penipu, ketuanya PENIPU, pemimpinnya PENIPU, maka segala macai dan cacainya akan jadi PENIPU!!

orang tua2 dah pesan:
"siakap senohong, gelama ikan duri,
cakap bohong, lama-lama jadi pencuri"

UMNO kan memang pencuri, jika tidak mencuri, mane perginya duit PKFZ, LEMBU FIDLOT, DUIT ZAKAT MELAKA, DUIT DERMA PALESTIN, TABUNG LTAT...dan banyakkkkk lagiiiiiii.....

Kepada admin BN Masjid Tanah, lepas ni cari la isu yang menguntungkan pengundi dan rakyat Masjid Tanah, bukan isu no. ic atau pun calon luar ke tidak. Bila tak boleh jawab, memabau-mabau cari alasan konon dirinya yang sememangnya hina tu di'block orang.

UNDILAH PAS UNTUK BEBAS DARI MANUSIA DURJANA. 
SEKIAN


Friday 26 April 2013

PECAH BERITA! Gambar Pertemuan Mesra Calon PAS Masjid Tanah bersama TYT Melaka Tersebar

Assalammualaikum wbt..

Siapa sangka selama ini orang UMNO khusunya dan rakyat Melaka amnya telah lama menerima orang luar Melaka menjadi Tuan Yang Terutama Negeri?

Apa masalahnya yang dia adalah orang luar yang berasal dari negeri Tok Gajah iaitu Pahang Darul Makmur. Sesungguhnya tiada sebarang masalah kan...

Perlantikan beliau tidak melibatkan politik? Agak-agaklah jika menjawab persoalan ini khusus kepada macai UMNO, takkan AJK masjid Al-Azhim pula yang lantik atau pun takkanlah persatuan rukun tetangga Kg. Morten pula yang lantik. Sudah tentulah yang melantik adalah kerajaan yang memiliki kuasa politik Melaka. betul tak?


Oleh yang demikian, tiadalah isunya calon luar yang berasal dari Pahang menjadi calon untuk Parlimen Masjid Tanah. Isu calon luar adalah isu era 70an. Jika TYT orang Melaka boleh terima, takkanlah calon Masjid Tanah yang berasal dari negeri yang sama dengan TYT ini ditolak. Ini kali lah...UBAH!!!

Undilah Saudara Nasaie bin Ismail untuk parlimen P134 Masjid Tanah.





Sunday 21 April 2013

MELAKA: Politik Bola Sepak PRU13

Ini adalah tawaran Pakatan Rakyat Melaka. 

Assalamualaikaum WBT....

Aku hari ini bukan nak mengulas tentang tawaran di atas. korang sendiri boleh tengok, baca dan nilai-nilaikan. Sebelum tu, cuba korang jawab soalan ini;...Pasukan negeri Melaka bermain dalam liga apa sekarang?...pasukan negeri tau, bukan kelab atau daerah atau kampung. Jika kampung aku tabik springgg dengan kelab pasukan dari Bertam Hulu. Serius aku dah tengok latihan dia orang dan komitment jurulatihnya. MEMANG TERBAEK!!
 
Sukan no.1 dalam dunia yang paling diminati dan menjadi ibu sukan dalam setiap kejohanan atau temasya baik peringkat olimpik atau pun sukan SEA bagi kita di Asia Tenggara. Peribadinya aku sendiri fanatik dengan Bundes Liga dan La Liga sebab banyak pemain yang beragama Islam di sana.
 
Oklah, di sini sebenarnya aku nak kongsikan sedikit persepsi aku terhadap cara politik kita yang telah melalui 12 kali PRU dan sedang menempuh ombak badai, onak ranjau dan duri kempen 15 hari bagi PRU 13 ini kali ini.
 
Perasan atau tidak, Melayu sebenarnya telah diprogramkan oleh pemimpin-pemimpin khususnya dari Barisan Nasional menyokong sesebuah parti politik itu seperti menyokong mana-mana pasukan bola sepak!
 
Yang teramai bersorak, yang teramai menampal poster, yang terbanyak bendera dan poster, yang teramai berkonvoi, yang teramai berwarna dan yang paling kuat pekikan....ibarat dialah pemenangnya. 
 sekadar gambar hiasan

Pasukan sedang bertarung di padang, para penyokong terpekik-pekik hinggalah tamat perlawanan tersebut. Pasukan yang menang mendapat piala dan para pemain bakal mendapat ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan. Para penyokong yang terpekik-pekik, yang terkinja-kinja dan terlolong-lolong sampai ada yang hampir begaduh dengan penyokong pasukan lawan DAPAT APA??....cuba jawab.....
 
Melayu ni memang di tangga teratas untuk dikasihan belas berbanding kaum lain. Apa yang korang dapat? Adakah cukup dapat sehelai tshirt, topi, makan free, minyak free sepanjang tempoh kempen ini? Korang tahu yang korang akan lalui lagi 5 tahun untuk mewah seperti ini. Kenapa kita diperbodohkan sedekian rupa? Kepuasan yang hanya berasaskan emosi sebab seronok tengok pasukan yang kalah. Tak lebih dari itu. Aku yakin, para pemimpin dari peringkat nasional, bahagian dan cawangan adalah orang yang paling gembira. Gembira sebab mereka makan lebih, akar umbi hanya cukup dengan upah pilihanraya.
 
Bak kata pepatah, "menang sorak kampung tergadai"..ini lah dia. Tunggulah bahana kenaikan kos sara hidup yang tidak berpenghujung, bil utility yang naik dalam diam, minyak, tol, saman AES, kos persekolahan anak-anak dan berbagai lagi. Cukuplah 55 tahun BN berkuasa. Segala cengkaman sudah kita deritai dan rasai. cara politik kita kena ubah. Politik bukan untuk seketia, tetap iuntuk anak cucu cicit dan masa depan kita. Sampai bila Melayu harus bergini? Pilihlah Pakatan Rakyat. Untuk 5 tahun dan nilaikan. Jika tidak memuaskan, kita ubah pula pada PRU ke 14. Jepun, Amerika, Great Britain dan Korea silih berganti pemimpinnya, tetapi tetap juga menjadi negara maju. Kita???
 
Ini kali lah....Ubah!
ABCD asal bukan cap dacing!
Selamatkan Malaysia, Selamatkan Melaka!

Part II: Kemarahan Team Datuk Karim Sulaiman (DKS)

Alhamdulilah dpt juga aku mengupdatekan blog ni.

Okla..ade orang kata DKS bukan dicantas. Cantas maksudnya potong atau tebang. Dalam istilah politik ia membawa maksud sesuatu yang dikhianati atau kedudukan kita diambil oleh orang tanpa kebenaran atau tanpa restu empunya badan. DKS memang ada masalah kesihatan dan setelah menerima watikah, panjang difikirnya bagi melepas kerusi N02 Tanjung Bidara setelah dua penggal. Sebagai orang yag arif politik Tanjung Bidara dan Masjid tanah khsusunya. beliau mahu juga penggantinya mesti orang yg dekat dengan pengundi dan arif seperti arifnya menjaga 12 JKKK dalam dun ini.Beliau telah menamakan Jamaludin Jonit (JJ) selaku setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah.
 ..."KAMI MAHU CALON ANAK JATI DUN TG. 
BIDARA BUKAN CALON LUAR???
PILIHAN KAMI: EN. JAMILLUDIN JONIT"....


Malangnya, disebabkan campur tangan pusat melalui SU Kerja Najib yang duduk bersebelahan rumah DKS, pilihan DKS telah dicantas dan digantikan dengan seorang calon yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan tetapi telah bermustautin di Lubok Redan. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Md Rawi Mahmud seorang pesara guru dan merupakan seorang yang dikenali dalam dunia bola sepak Masjid Tanah dan terkenal di restoren sekitar pantai perkelahan Padang Kemunting sebagai seorang yang amat gemar berkaraoke.
.
(nanti aku bongkarkan lagi siapa cikgu sorang ni)..

UMNO Tanjung Bidara mengadakan mesyuarat dengan memanggil 12 ketua cawangan UMNO mengenai pencalonan cikgu Rawi. Hasilnya, daripada 12 cawangan yang bermesyuarat, 4 cawangan sahaja yang bersetuju pencalonan cikgu Rawi. Berlakulah pergolakan yang bukan sedikit tetapi ibarat angin barat telah datang melanda Tanjung Bidara. Ujian pertama untuk calon N02 ini ialah tiada sokongan diperingkat akar umbi. Ibarat sebatang pokok yang tegap tetapi akarnya sedang dimamah anai-anai.. Dikhabarkan, selepas mensyuarat tersebut, UMNO kampung Pulau menurunkan bendera BN/UMNO sebagai tanda protes dan bilik gerakan pemuda di kg Pasir Gembur juga telah ditutup.

Sekarang ialah usaha untuk memujuk ahli2 UMNO Tanjung Bdiara dan didatangkan ketua PU3 iaiatu calon Parlimen Masjid Tanah mengusahakan misi tersebut. Akhirnya, selepas penamaan calon semalan, bilik gerakan ini telah dibuka dan aku percaya bukan sedikit modal ketua PU3 ni taburkan untuk memujuk. Dan, pada sebelah malamnya pula, ada sebuah bas menjemput petugas2 bilik gerakan ini (pemuda) tidak diketahui ke mana dibawa mereka untuk gula-gula pilihanraya....nantikan cerita selanjutnya

Thursday 18 April 2013

Masjid Tanah PANAS Selepas Calon Diumumkan

Assalammualaikum...
salam perkenalan dari admin.

Nak tahu ape cerita hal N.O2 Dun Tanjung Bidara? Bukankah penyandang dia Datuk Kapten (B) A. Karim Sulaiman? DKS (Datuk Karim Sulaiman) seorang yang sangat dikenali di Tanjung Bidara dan disegani oleh lawan politiknya iaitu PAS. Banyak jasa2 beliau memberikan bantuan tanpa kira fahaman politik antaranya bantuan PPRT, bantuan baiki bumbung rumah dan banyak lagi.
DKS telah mendapat watikah pencalonan daripada Datuk Seri Najib selaku Presiden UMNO. Sehari selepas pencalonan DKS mengupdatekan statusnya seperti dibawah:
Statusnya jelas sekali menyatakan penghargaan kepada DS Najib dan DS Ali Rostam......
Malangnya, kenapa sehari selepas update ini, pimpinan UMNO Masjid Tanah menyatakan DKS menark diri kerana masalah kesihatan? Di mana DKS sekarang dan kenapakah DKS tidak mmbuat sebarang kenyataan atas pengunduran beliau? Ada sesuatu yang berlaku kah?.....nantikan cerita selanjutnya...